Batu ini dikatakan terapung sejak zaman Rasulullah S.A.W lagi. Dikatakan juga batu ini ialah tempat Rasulullah SAW bermunatjat kepada ALLAH. Saya juga terdengar bahawa batu ini ingin mengikut Rasulullah SAW pulang namun baginda menyekatnya, lalu terapunglah ia di situ sampai sekarang. Cerita ini tidak tahu kepastiannya. Wallahua'lam. Tapi ini salah satu bukti kekuasaan ALLAH. |
Sunday, September 23, 2012
subhanallah
Saturday, September 15, 2012
My Story-ISTIGHFAR
Kalau dalam sesuatu musibah, apa yang kita buat? Mengeluh? Atau berserah? Jika kita dalam sesebuah kekeliruan, apa kita buat? memikirkan jalan keluar sampai pecah kepala? Hmm... Apa kata kita istighfar, mungkin ada dosa kita dengan ALLAH, istighfar juga merupakan doa untuk mengampunkan dosa. Satu cerita tentang sahabat saya. Selepas berjemaah maghrib, pergi ke kafe kolej untuk mengisi kelaparan yang terasa dari petang. Leka kami berbual sambil makan, terdengar kumandang azan isyak ke telinga kami. Memikirkan yang masjid itu selalunya lambat, kami terus menyambung melicinkan pinggan kami. Setelah selesai, kami beransur ke masjid. Sesampainya kami di sesuatu lorong di mana menghubungkan masjid dan kafe, kedengaran salam dari masjid. Kami terkejut dan bingkas ke masjid. dalam perjalanan kira-kira 20 meter, sahabat saya itu terus menerus beristighfar kerana tertiggal jemaah besar kerana leka berbual. Moralnya, sekadar kesalahan begitu sahaja buatkan seseorang rasa berdosa. Tetapi, dosa dan manusia memang sinonim tambahan lagi di dunia akhir zaman ini.
Friday, September 14, 2012
My Story - SABAR
Sabar adalah sesuatu yang susah nak dapat. Sabar juga satu tuntutan dalam agama Islam. Belajar untuk bersabar makan masa yang agak panjang. Tapi, kalau duduk dekat KMK, 1 semester sudah cukup untuk menaikkan tahap kesabaran anda. Mana tidaknya kami diberi elaun sebanyak RM250 sebulan. Kebiasaannya bulan kedua barulah elaun itu masuk. Sebab makanan yang x juga murah kami habiskan lebih RM10/hari, itu juga bermakna kami habiskan RM300 sebulan dan itu baru makan. tapi, ALLAH maha pemurah lagi maha pemberi. Oleh sebab itulah, kehiduan disini perlukan kesabaran yang tinggi bukan sahaja terhadap manusia malah ALLAH juga. Ingatlah ALLAH sentiasa berada di sisi tidak kira di mana kita berada. :-)
Sunday, September 9, 2012
My Raya
Raya pertama seperti biasa kami sekeluarga lakukan. Setelah selesai solat sunat aidilfitri berkumpullah kami sekeluarga dikubur datuk nenek, saudara-mara kami yg telah pergi. Keluarga nenek sebelah ibuku akan terus ke rumah bapa saudaraku yang terletak tidak jauh dari tanah perkuburan tersebut. Kami biasanya akan berada disana beberapa jam dan tahun ini juga sama. Setelah berceritakan kisah lama kepada anak-anak, bergosip tentang keluarga sendiri dan makan juadah yang disediakan, kami pulang ke rumah masing-masing (saudara yang jauh berada di rumah nenekku). Berehat sebentar, kami teruskan menziarahi jiran tetangga kami. Sedang aku terus ke rumah sahabat baikku yang agak jauh dari rumahku. Setelah sampai kerumahnya dia mengajak aku ke rumah sahabat lain dahulu sebelum naik ke rumahnya. Aku hanya mengiyakan sahaja lalu kami teruskan perjalanan kami. Sampai sahaja di rumah sahabat kami itu, kami duduk dan berbual hampir sejam, maklumlah tahun ini merupakan tahun pertama kami berjauhan setelah kami bertemu. Perbualan kami terhenti akibat antara kami ada yang ingin ke rumah saudara mereka setelah zuhur. Kami teruskan ke rumah seterusnya iaitu rumah rakan perempuan kami. Hampir dua jam kami di sana (singgah kejap la konon). Perbualan yang terhenti tadi disambung kembali hinggakan tuan rumah mengajak kami menjamu juadah hari raya juga tidak dihiraukan. Berkali-kali jugalah rakanku itu mengajak kami makan. aku yang tersisih di tepi cuma mendengar dan memerhatikan sahaja gelagat mereka. Setelah lebih dua jam kami mula terasa ingin melihat juadah yang disediakan. Lalu kami teruskan makan tengahhari kami disana. Selesai menjamah sedikit nasi tomato itu kami terus beredar. Aku menghantar sahabat baikku itu ke rumahnya sekaligus beraya dengan keluarganya. Hari pertamaku habisdi situ sahaja kerana setelah pulang aku rasa terlalu letih dan tertidur di ruangan tamu rumahku. setelah itu, sesuatu yang pelik berlaku.......
Subscribe to:
Posts (Atom)