Sunday, September 9, 2012
My Raya
Raya pertama seperti biasa kami sekeluarga lakukan. Setelah selesai solat sunat aidilfitri berkumpullah kami sekeluarga dikubur datuk nenek, saudara-mara kami yg telah pergi. Keluarga nenek sebelah ibuku akan terus ke rumah bapa saudaraku yang terletak tidak jauh dari tanah perkuburan tersebut. Kami biasanya akan berada disana beberapa jam dan tahun ini juga sama. Setelah berceritakan kisah lama kepada anak-anak, bergosip tentang keluarga sendiri dan makan juadah yang disediakan, kami pulang ke rumah masing-masing (saudara yang jauh berada di rumah nenekku). Berehat sebentar, kami teruskan menziarahi jiran tetangga kami. Sedang aku terus ke rumah sahabat baikku yang agak jauh dari rumahku. Setelah sampai kerumahnya dia mengajak aku ke rumah sahabat lain dahulu sebelum naik ke rumahnya. Aku hanya mengiyakan sahaja lalu kami teruskan perjalanan kami. Sampai sahaja di rumah sahabat kami itu, kami duduk dan berbual hampir sejam, maklumlah tahun ini merupakan tahun pertama kami berjauhan setelah kami bertemu. Perbualan kami terhenti akibat antara kami ada yang ingin ke rumah saudara mereka setelah zuhur. Kami teruskan ke rumah seterusnya iaitu rumah rakan perempuan kami. Hampir dua jam kami di sana (singgah kejap la konon). Perbualan yang terhenti tadi disambung kembali hinggakan tuan rumah mengajak kami menjamu juadah hari raya juga tidak dihiraukan. Berkali-kali jugalah rakanku itu mengajak kami makan. aku yang tersisih di tepi cuma mendengar dan memerhatikan sahaja gelagat mereka. Setelah lebih dua jam kami mula terasa ingin melihat juadah yang disediakan. Lalu kami teruskan makan tengahhari kami disana. Selesai menjamah sedikit nasi tomato itu kami terus beredar. Aku menghantar sahabat baikku itu ke rumahnya sekaligus beraya dengan keluarganya. Hari pertamaku habisdi situ sahaja kerana setelah pulang aku rasa terlalu letih dan tertidur di ruangan tamu rumahku. setelah itu, sesuatu yang pelik berlaku.......
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment