Powered By Blogger

Saturday, September 15, 2012

My Story-ISTIGHFAR

Kalau dalam sesuatu musibah, apa yang kita buat? Mengeluh? Atau berserah? Jika kita dalam sesebuah kekeliruan, apa kita buat? memikirkan jalan keluar sampai pecah kepala? Hmm... Apa kata kita istighfar, mungkin ada dosa kita dengan ALLAH, istighfar juga merupakan doa untuk mengampunkan dosa. Satu cerita tentang sahabat saya. Selepas berjemaah maghrib, pergi ke kafe kolej untuk mengisi kelaparan yang terasa dari petang. Leka kami berbual sambil makan, terdengar kumandang azan isyak ke telinga kami. Memikirkan yang masjid itu selalunya lambat, kami terus menyambung melicinkan pinggan kami. Setelah selesai, kami beransur ke masjid. Sesampainya kami di sesuatu lorong di mana menghubungkan masjid dan kafe, kedengaran salam dari masjid. Kami terkejut dan bingkas ke masjid. dalam perjalanan kira-kira 20 meter, sahabat saya itu terus menerus beristighfar kerana tertiggal jemaah besar kerana leka  berbual. Moralnya, sekadar kesalahan begitu sahaja buatkan seseorang rasa berdosa. Tetapi, dosa dan manusia memang sinonim tambahan lagi di dunia akhir zaman ini.

No comments:

Post a Comment